Skip to main content
News

Majlis Menandatangani Perjanjian Pengkorporatan NIBM

By 2014-05-27#!31Mon, 14 Dec 2020 14:04:37 +0800p3731#31Mon, 14 Dec 2020 14:04:37 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 14:04:37 +0800p2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312020Mon, 14 Dec 2020 14:04:37 +08000420412pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 14:04:37 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 14:04:37 +0800p3731#/31Mon, 14 Dec 2020 14:04:37 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 14 Dec 2020 14:04:37 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#No Comments

UKK_5939

 

Mantan Perdana Menteri, YABhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah mengumumkan penubuhan 3 buah institut bioteknologi kebangsaan semasa melancarkan Dasar Bioteknologi Negara pada 28 April 2005 dan juga pada Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi pada 7 September 2006. Tiga institut tersebut adalah Institut Genom Malaysia (MGI) di Bangi, Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal (IPHARM) di Pulau Pinang dan Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) di Serdang, Selangor.

Pada tahun 2011, Kabinet bersetuju untuk menubuhkan National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) sebagai sebuah Konsortium yang menggabungkan pengurusan MGI, IPHARM dan ABI. NIBM merupakan sebuah entiti berautonomi bagi memudahkan pengambilan kakitangan terlatih dan kegiatan R&D dijalankan.

NIBM ditubuhkan secara rasmi pada 27hb Januari 2012 dan buat masa ini pejabat korporat NIBM ditempatkan di ABI.

Konsortium yang bertaraf CLG ini akan mempunyai governance nya sendiri yang terdiri dari Lembaga Pemegang Amanah ataupun Board of Trustees yang mengawal selia Jawatankuasa Eksekutif Pengurusan.  Dengan autonomi ini, NIBM akan dapat bergerak lebih pantas dan tangkas dalam pelaksanaan semua aktiviti yang dirancang.
Transformasi ini adalah selaras dengan strategi inovasi negara yang menggalakkan perkembangan pusat-pusat penyelidikan dan inovasi yang bertaraf antarabangsa. Model Baru Ekonomi (MBE) yang hendak dilaksanakan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang berpandukan Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) juga menyarankan supaya institusi-institusi pemboleh inovasi yang lebih mantap diwujudkan. RMKe-10 pula telah menekankan bahawa “Kajian semula struktur institusi yang menyokong inovasi dan R&D adalah penting untuk menambah baik pencapaian inovasi”.

Idea dan hasrat ini bermula sejak pembentukan Biovalley dicadangkan pada tahun 2003. Selaras dengan Fasa 2 pelaksanaan Dasar Bioteknologi Negara iaitu “Lab to Market”, penubuhan NIBM adalah amat bertepatan dengan masa.  Oleh itu penting untuk semua yang terlibat menimbangsemula atau mengkaji semula apakah pengisian dan pencapaian usaha-usaha sejak kerajaan memberi penekanan terhadap Bioteknologi sudah sampai tahap untuk kita me langkah ke Fasa 2 ini.

Fasa 2 ini merupakan pertembungan dua aliran yang berbeza konsep, matlamat dan platform.  R&D yang bersifat exploratory, jangkapanjang, mencari penyelesaian masa depan dan membuka peluang dan ruang ekonomi yang baru.  Manakala perniagaan yang berlandaskan industri dan pasaran, lebih bersifat rapid response terhadap peluang semasa dan juga quick gain.  Tumpuan adalah lebih kepada impak jangkapendek.

Peranan NIBM untuk menghubungkan kedua-dua aliran ini dalam proses yang kita namakan Pengkomersilan bukanlah satu tugas mudah.  Kita perlu mengambilkira pasaran yang disasarkan, industri yang hendak dibina, teknologi yang perlu diterokai dan diberi tumpuan pelaburan. Ini merupakan perkara-perkara yang amat penting yang perlu difikirkan untuk menentukan hala tuju NIBM.

Sementara ketiga-tiga Institut meneruskan usaha menghasilkan penemuan baru dan produk, satu pasukan yang kompeten dan berpengalaman harus di tubuhkan sebagai peneraju dan pembina rantaian untuk memudahcara proses Pengkomersilan aktiviti dan penemuan R&D oleh Institut.  Model Pengkomersilan yang berkisar teknologi, IP, perlesenan, perlu dibangunkan dan revenue stream yang berkesan perlu digunapakai bukan sahaja untuk pelestarian atau sustainability aktiviti R&D tetapi menjamin kejayaan usaha Pengkomersilan produk R&D.

Dengan termetarainya perjanjian Pengkorporatan NIBM pada 21hb Mei 2014, maka lengkaplah proses transformasi NIBM. Ini merupakan satu lagi pencapaian milestone dalam proses penubuhan NIBM.