Skip to main content
News

Semarak Budaya STI Menerusi Program Outreach Kreativiti & Science4U

By 2014-05-29#!31Mon, 14 Dec 2020 14:04:29 +0800p2931#31Mon, 14 Dec 2020 14:04:29 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 14:04:29 +0800p2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312020Mon, 14 Dec 2020 14:04:29 +08000420412pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 14:04:29 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 14:04:29 +0800p2931#/31Mon, 14 Dec 2020 14:04:29 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 14 Dec 2020 14:04:29 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#No Comments

UKK_7672

 

Program Outreach Kreativiti & Science4U dirangka sebagai salah satu program di bawah Program Gerakan Inovasi Nasional dan juga merupakan kesinambungan kepada program Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Negara 2012.

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan dan membudayakan sains, teknologi dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan dan mengamalkan inovasi di segenap lapisan masyarakat, penglibatan semua pihak termasuk sektor awam, swasta, badan bukan kerajaan, golongan akar umbi, komuniti dan individu, dilihat dapat mencetuskan inovasi merentasi pelbagai bidang dan mempunyai impak ke atas sosio-ekonomi negara.

Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, Melaka dipilih sebagai tapak program kerana lokasinya yang strategik iaitu berdekatan dengan beberapa buah sekolah rendah dan menengah, Politeknik dan Giatmara. Selain itu, lokasi ini dipilih bagi memberi peluang kepada masyarakat luar bandar khususnya di daerah Melaka Tengah untuk melihat secara dekat peranan MOSTI dan agensi-agensi di bawahnya.

Kedudukan sekolah ini juga membolehkan MOSTI dan agensi-agensi di bawahnya menyampaikan maklumat terutama kepada golongan pelajar, belia, wakil-wakil PIBG serta agensi-agensi tempatan mengenai acara-acara besar anjuran MOSTI seperti Tahun Pengkomersilan MOSTI (MCY 2014), Anugerah Inovasi Negara 2014 (AIN 2014) dan National Innovation Conference and Exhibition (NICE).

Sebanyak 12 buah agensi/jabatan MOSTI terlibat secara langsung dalam program ini. Antara pengisian program yang telah dijadualkan ialah pameran inovasi, pameran produk R&D, ceramah interaktif, bengkel inovatif dan juga demontrasi sains. Beberapa projek inovasi dan rekacipta di kalangan pelajar-pelajar negeri Melaka juga akan dipamerkan semasa program ini berlangsung. Pameran ini dijangka akan dapat menarik 3,000 pengunjung yang terdiri daripada masyarakat setempat, pelajar sekolah, wakil PIBG dan juga golongan belia.