Skip to main content
News

Majlis Pameran Perlabuhan dan Kawasan Indusri BioHub Baharu, Sarawak

Cyberjaya, 26 Ogos 2020 – YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), hari ini mewakili YB Menteri MOSTI memberi ucap tama pada Majlis Pameran Perlabuhan dan Kawasan Indusri BioHub Baharu di Sarawak.
Majlis anjuran Agensi Inovasi Malaysia (AIM), sebuah agensi di bawah MOSTI ini turut menandakan kerjasama strategik antara AIM, Regal Lands Sdn. Bhd. (REGAL), Bintulu Port Holding Berhad (BPHB) dan Perlabuhan Rotterdam (PoR) yang baru-baru ini telah menandatangani MoU untuk menjalankan kajian pembangunan Perlabuhan dan Kawasan Perindustrian BioHub di Bintulu Sarawak.
Pada majlis yang sama, YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir turut menyaksikan acara pertukaran MoU di antara AIM dan Fat Hopes Energy (FHE). Menerusi MoU berkenaan, AIM dan FHE akan meneroka dan menjalankan analisis dan kajian kes berkaitan pengumpulan, pra-rawatan dan pemprosesan aliran sisa untuk pembangunan Perlabuhan BioHub yang lestari.
Kesemua MoU ini menandakan perkembangan signifikan bagi Pelan Pembangunan Industri Biomas Sarawak (SBIDP), rangka kerjasama antara AIM dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mengubah sumber biomas menjadi penyumbang pendapatan negara kasar.Turut hadir pada majlis ini adalah TYT Aart Jacobi, Duta Belanda di Malaysia, YBrs. En. Naser Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif AIM, YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Hj. Bakar, Pengerusi BPHB dan YBhg. Tan Sri Yong Poh Kon, Pengerusi Steinbeis Malaysia Foundation.