Skip to main content
News

Majlis Pelancaran Perkhidmatan Pembelian Tiket Atas Talian, Pusat Sains Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

20 Julai 2023, Kuala Lumpur – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, hari ini melancarkan perkhidmatan pembelian tiket dalam talian atau e-Ticketing Pusat Sains Negara (PSN). Sistem e-Ticketing PSN dibangunkan menggunakan gerbang pembayaran real-time payment platform (RPP) daripada syarikat Payment Network Malaysia (PayNet).

Sistem e-Ticketing PSN merupakan sistem terawal yang menggunakan platform RPP dalam agensi kerajaan. Sistem ini bukan sahaja dapat diakses dan digunakan melalui pelayar sesawang (web browser), malahan pengguna juga dapat membeli tiket melalui aplikasi yang dimuat turun menerusi gerbang Google Play Store dan App Gallery Huawei. Manakala di gerbang Apple App Store akan diintegrasi dalam masa terdekat.
Pada masa kini perkhidmatan Sistem e-Ticketing hanya menawarkan perbankan internet dan e-dompet (e-wallet) sahaja. Kaedah bayaran melalui kad debit dan kad kredit pula sedang diintegrasi dalam masa yang terdekat bagi memudahkan semua pengguna sistem.
Bermula 18 Julai 2023, pengunjung boleh melayari www.psn.gov.my atau memuatnaik aplikasi dalam talian e-Ticketing PSN di Google Play Store atau App Gallery Huawei bagi membuat pembelian tiket kemasukan. Sistem ini kini memberikan kemudahan dan memudahkan pengunjung untuk membeli tiket dalam talian dengan lebih mudah, menjimatkan masa dan di mana sahaja menggunakan peranti mudah alih masing-masing.
Turut hadir YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs. Ruziah Binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI dan YBrs. Puan Mismah Jimbun, Pengarah Pusat Sains Negara.
.
Skip to content