Skip to main content
News

Kunjungan Hormat Undersecretary for National Development Policy and Planning, National Economic and Development Authority (NEDA), Republic of Philippines Ke Atas KSU MOSTI

20 Julai 2023, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI telah menerima kunjungan hormat dari Dr. Rosemarie G. Edillon, Undersecretary for National Development Policy and Planning, National Economic and Development Authority (NEDA), Republic of Philippines. Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, pegawai-pegawai kanan MOSTI, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd., Pengarah Pusat Sains Negara, dan pegawai-pegawai dari Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).

Tujuan kunjungan delegasi dari NEDA adalah untuk memahami secara mendalam ekosistem inovasi di Malaysia dan inisiatif-inisiatif yang diketengahkan oleh MOSTI, terutamanya melibatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersialan inovasi. MOSTI berkongsi polisi serta inisiatif-inisiatif yang berkaitan, termasuk Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030 yang bermatlamat untuk mentransformasi Malaysia sebagai salah satu daripada 20 ekosistem syarikat pemula terbaik di dunia menjelang 2030.
Selain itu, inisiatif-inisiatif lain seperti Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS), Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) dan Program Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (MySTI) yang baru dilancarkan turut diperkenalkan.
MRANTI dan Cradle Fund juga memperkenalkan program dan inisiatif baharu yang sedang dilaksanakan bagi menyokong pembangunan syarikat-syarikat pemula. MOSTI dan NEDA telah menyatakan komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama sedia ada dan meneroka peluang kerjasama baharu dalam bidang sains, teknologi, dan inovasi (STI).
Skip to content