27 Jun 2024, Putrajaya – Hari ini, Dewan Al-Fathoni, Masjid Sultan Mizan, Putrajaya meriah dengan kehadiran 101 pelajar dan guru-guru dari SK Putrajaya Presint 15 (1) dan lima (5) lagi sekolah-sekolah di sekitar Putrajaya!
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI turut meluangkan masa bersama para pelajar yang sedang menikmati pengalaman pembelajaran yang sangat interaktif dan menyeronokkan di luar bilik darjah.
Pelajar-pelajar yang menyertai STEM Camp pada hari ini berpeluang meneroka teknologi terkini melalui aktiviti-aktiviti menarik seperti:
Modul AI
Dron
STEM Challenge
Roket DIY
Kereta Solar
Bicara Sains Angkasa
Tidak ketinggalan, tenaga pengajar yang memeriahkan kem ini dan bertindak sebagai fasilitator berpengalaman dari UPM, Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara.
Program STEM Camp MOSTI merupakan inisiatif dengan objektif khusus untuk menarik minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di samping dapat meningkatkan pengetahuan dan menambah baik kemahiran dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), serta secara tidak langsung memberi informasi sains dan teknologi yang lebih luas kepada peserta.