4 November 2026, Seri Kembangan – Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta atas semangat, dedikasi, serta keberanian dalam mengubah idea menjadi inovasi yang berpotensi di iMTC 11.0 dan ICTC 4.0 2026!
𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐢𝐌𝐓𝐂 𝟏𝟏.𝟎
Lam Shuen, UCSI university
𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐈𝐧𝐨𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐈𝐂𝐓𝐂 𝟒.𝟎
International Islamic School Malaysia
𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐡𝐚𝐬 𝐒𝐄𝐀 𝐐𝐮𝐚𝐧𝐭𝐮𝐦
-Kolej Tingkatan Enam Sri Istana
-Sekolah Berasrama Penuh Teknik Melaka
Majlis perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Ismarul Nizam bin Ismail @ Abdul Kadir, mewakili Pengarah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Membawakan tema “Unleashing Material Potential” dan “Materials for Innovation Enhancements”, penganjuran program ini amat bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI. Ia secara langsung menyuburkan nilai Daya Cipta (Inovasi) dalam kalangan bakat muda bagi memanfaatkan teknologi bahan termaju, di samping menyokong agenda Kemampanan (Kelestarian) menerusi penyelesaian memfokuskan tenaga boleh baharu dan kelestarian alam sekitar.
Acara ini turut membuktikan komitmen berterusan MOSTI dalam memastikan pembangunan bakat berteknologi tinggi menjadi tanggungjawab bersama merentasi generasi. Penghargaan setinggi-tingginya dirakamkan kepada rakan-rakan penganjur utama iaitu Universiti Putra Malaysia (khususnya Jabatan Fizik, Fakulti Sains UPM), Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) & MASS Chapter UPM, Universiti Sains dan Teknologi Kuala Lumpur (KLUST), Kolej Kedua Belas UPM, penaja anugerah SEA Quantum Sdn. Bhd., serta barisan juri dan seluruh jawatankuasa penganjur.
MOSTI berharap inisiatif sebegini akan terus memangkin Kesejahteraan masyarakat melalui percambahan idea saintifik yang mampu menyelesaikan cabaran dunia sebenar. Teruslah memupuk sifat ingin tahu; para peserta hari ini adalah barisan saintis, jurutera, penyelidik, dan pemimpin teknologi masa hadapan negara!




