Skip to main content
News

Majlis Penutupan Program Pementoran Kepimpinan Dan Hari Psikologi MOSTI 2026

4 November 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyempurnakan Majlis Penutup Program Pementoran Kepimpinan dan Hari Psikologi MOSTI 2026 yang berlangsung di Atrium Peterana, MOSTI. Majlis ini dilaksanakan untuk menghargai sumbangan dan komitmen Mentor dan Menti dalam memastikan program ini berlangsung dengan jayanya.
Pelaksanaan Program Pementoran Kepimpinan MOSTI ini melibatkan penyertaan seramai 18 orang pegawai pelbagai skim Gred JUSA C dan ke atas sebagai Mentor dan 23 orang pegawai pelbagai skim Gred 12 hingga 14 sebagai Menti. Peserta program terdiri daripada warga MOSTI, Jabatan Kimia Malaysia, Agensi Nuklear Malaysia, Agensi Angkasa Malaysia dan Jabatan Tenaga Atom telah selesai melaksanakan enam (6) sesi pertemuan pementoran melibatkan tiga (3) aspek utama iaitu memimpin diri, memimpin warga organisasi dan memimpin organisasi mulai 14 Julai hingga 6 Oktober 2026.
Pelaksanaan Program Hari Psikologi MOSTI 2026 adalah selari dengan Sambutan Bulan Kaunseling peringkat Kebangsaan yang disambut pada bulan Oktober pada setiap tahun dengan tema “Kaunseling Era Digital: Memacu Kesejahteraan”. Pelbagai bentuk pengisian program bersempena Hari Psikologi MOSTI 2026 telah diadakan iaitu Program Pembangunan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) MOSTI, Program Game Based Learning, Program Terapi Seni secara dalam talian, Program Webinar Antigangguan Seksual dan Program Ceramah Kesedaran Kesihatan Mental di Tempat Kerja.
Dalam ucapannya, turut menekankan bahawa kesejahteraan psikologi warga MOSTI turut menjadi keutamaan strategik dalam mendepani ledakan teknologi pada masa kini. Melalui program pementoran ini, aspek kesinambungan kepimpinan, daya tahan dan kecerdasan emosi serta pemikiran baharu dan pengurusan perubahan dapat meningkatkan kecekapan organisasi dalam memperkasa penyampaian perkhidmatan dan membawa manfaat kepada rakyat.”
Turut hadir, YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), YBrs. Dr. Muhammad Rawi Mohamed Zin, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, YBrs. Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, YBrs. Puan Noraishah binti Pungut, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom, Encik Samsuddin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) Agensi Angkasa Malaysia, Encik Richie Anak Andrew mewakili Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Setiausaha-setiausaha Bahagian serta peserta Mentor dan Menti MOSTI, Jabatan dan Agensi.
Skip to content