Skip to main content
News

Majlis Penutupan Karnival Sains Bersempena Minggu Sains Negara 2020 Peringkat Negeri Sarawak

Sarawak, 1 Oktober 2020 – Majlis Penutupan Karnival Sains Bersempena Minggu Sains Negara 2020 Peringkat Negeri Sarawak telah berlangsung di Bangunan Chemsain, Kuching, Sarawak
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Micheal Manyin Anak Jawong, Menteri Pelajaran, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak. Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi) MOSTI, YBrs. Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia dan YBrs. Dr. Chan Sung Tong, Pengerusi Institut Kimia Malaysia Sarawak merangkap Pengarah Chemsains Konsultant Sdn Bhd selaku rakan strategik MSN2020 Sarawak.
Pada majlis berkenaan, YBhg. Profesor Dr. Kasing Anak Apun telah diangkat menjadi Ikon Sains dan Teknologi Minggu Sains Negara 2020 Sarawak. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang juga telah diadakan dimana pertandingan dalam pelbagai kategori telah dijalankan sepanjang berlangsungnya Minggu Sains Negara peringkat Negeri Sarawak ini. Tahniah kepada semua pemenang!