9 Mei 2023, Kuala Lumpur – Sebanyak 20 komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah berjaya dibantu dalam aspek inovasi melalui Program NGO@Makerthon. Program ini dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) melalui agensi masing-masing, SME Corp. Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dengan sokongan 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Majlis Penutupan Program NGO@Makerthon telah dirasmikan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri MOSTI pada hari ini.



