30 September 2026, Bangi – Majlis Perasmian 5th Joint International Conference on Nanoscience & Nanoengineering (BOND21 2026) telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Mukifza bin Harun, Pengarah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), MOSTI di Tenera Hotel & Suites, Bangi, Selangor.
Persidangan yang berlangsung pada hari ini sehingga 1 Oktober 2026 ini menghimpunkan para penyelidik, penceramah jemputan, serta rakan industri tempatan dan antarabangsa bagi memperkukuh kerjasama dan memacu pembangunan bidang nanosains serta kejuruteraan nano negara.
Edisi ke-5 ini dianjurkan melalui kerjasama strategik antara Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universitas Airlangga (UNAIR), Institut Pertanian Bogor (IPB), Indonesia dan Scientific Research Commission (SRC), Iraq bersama NNC, MOSTI dengan tema “Nanoscience and Nanoengineering for Nation’s Growth and Sustainability”.
Persidangan ini memberi fokus kepada penyelidikan berasaskan keperluan industri, pembangunan teknologi nano yang selamat dan mampan serta pengukuhan bakat muda, selaras dengan aspirasi memperkasa ekosistem STI negara.




