Skip to main content
News

Majlis Perhimpunan Bulanan MOSTI – September 2026

29 September 2026, Putrajaya – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi bulan September 2026 yang bertemakan Hari Malaysia dan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2026 di Atrium Peterana.
Dalam ucapannya, YB Timbalan Menteri memuji usaha dan komitmen warga MOSTI dalam melaksanakan pelbagai program sepanjang tahun 2026 sehingga September, khususnya dalam memperluas akses serta memperkukuh pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di seluruh negara.
Beliau turut menekankan kepentingan memperkukuh peranan MOSTI dalam memacu pembangunan industri serta merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar teknologi menjelang 2030, dengan memastikan setiap hasil penyelidikan dan inovasi diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal yang memberi manfaat secara inklusif kepada seluruh lapisan masyarakat.
Dalam masa yang sama, aspek kesejahteraan warga MOSTI terus diberi perhatian menerusi pelaksanaan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) 2026, dengan penekanan terhadap aktiviti fizikal, pemakanan seimbang, kesihatan mental, pencegahan rokok dan vape, kesihatan kendiri serta kebersihan persekitaran.
Majlis turut menyaksikan Pelancaran Pelan Tindakan Etika Penggunaan AI MOSTI oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) sebagai panduan dalam memastikan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dilaksanakan secara beretika, bertanggungjawab dan selamat dalam perkhidmatan, selain pengumuman Anugerah Pekerja Terbaik Sukuan Kedua Tahun 2026 dan sambutan hari ulang tahun warga MOSTI bagi bulan September.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran a/l Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (P&S) MOSTI, YBrs. Puan Norsham bt Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (PT) MOSTI, Setiausaha-setiausaha Bahagian serta warga MOSTI.
Skip to content