24 Julai 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI merangkap Pengerusi MBJ MOSTI telah hadir ke Majlis Perasmian Penutup Persidangan Majlis Bersama Jabatan Peringkat Persekutuan dan Negeri Tahun 2025 anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya.
Semasa majlis tersebut MOSTI telah menerima Sijil Keaktifan MBJ Tahun 2024, di mana MOSTI telah mencapai skor 100% dalam keaktifan pelaksanaan MBJ pada tahun 2024.