Skip to main content
News

MAJLIS PERJUMPAAN KHAS YB. TIMBALAN MENTERI BERSAMA WARGA MOSTI

By 2014-08-18#!31Mon, 14 Dec 2020 14:02:27 +0800p2731#31Mon, 14 Dec 2020 14:02:27 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 14:02:27 +0800p2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312020Mon, 14 Dec 2020 14:02:27 +08000220212pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 14:02:27 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 14:02:27 +0800p2731#/31Mon, 14 Dec 2020 14:02:27 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 14 Dec 2020 14:02:27 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#No Comments

UKK_3442

 

PUTRAJAYA (18 Julai 2013) :  Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah bersama warga MOSTI telah mengadakan Majlis Tahlil Untuk Mangsa Tragedi MH17  pada hari ini bersamaan 20 Ramadan 1435 Hijrah. YB Timbalan Menteri mewakili seluruh warga MOSTI turut mengucapkan takziah dan melahirkan rasa sedih atas  insiden yang telah mengorbankan 298 nyawa termasuk 35 orang warga Malaysia.

Majlis disusuli dengan Tazkirah Ramadan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Arifin Ramzan dari JAKIM, solat Maghrib secara berjemaah sebelum majlis berbuka puasa bersama seluruh warga MOSTI.

Dalam majlis yang sama, YB Timbalan Menteri menyampaikan Sumbangan Hari Raya kepada 24 orang anak-anak yatim warga MOSTI sendiri. Sumbangan Hari Raya ini adalah sebagai tanda keprihatinan di samping menunaikan tanggungjawab sosial MOSTI yang dijalankan saban tahun. Turut menerima sumbangan ialah  kakitangan Kumpulan Sokongan II (Gred 1-16) dan warga MOSTI yang akan bertugas semasa musim perayaan.

Turut hadir pada majlis tahlil  ini ialah YBhg. Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Dr. Mohd. Azhar Hj Yahaya, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBrs. Dr. Zulkifli Mohamed Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains), Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan/Agensi MOSTI.