Skip to main content
News

Malaysia Akan Menjadi Tuan Rumah Kepada Program Youth CO:LAB

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2020 – United Nations Development Programme (UNDP) dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menganjurkan program Youth Co:Lab di Kuala Lumpur pada tahun hadapan.

Kerjasama tersebut dimeterai hari ini melalui majlis menandatangani perjanjian antara UNDP, International Youth Centre (IYC), agensi di bawah KBS dan Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), agensi di bawah MOSTI. Hadir menyaksikan majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Waitchalla R.R.V Suppiah, Ketua Setiausaha KBS dan YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI.

Pada majlis itu, YBrs. Dr. Hj. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee, Pengarah IYC menandatangani dokumen bagi pihak IYC manakala Puan Dzuleira Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC mewakili MaGIC dan Encik Niloy Banerjee, Wakil Residen UNDP Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam bagi pihak UNDP.

Youth Co:Lab yang juga acara tahunan UNDP memberikan peluang kepada semua pihak berkepentingan untuk bertukar pengetahuan dan pengalaman mengenai keusahawanan dan inovasi sosial di rantau Asia Pasifik. Fokus kepada rangkaian dan dasar, Youth Co: Lab akan menghimpunkan para belia dari seluruh negara termasuk usahawan muda, inovator sosial, pegawai kerajaan, sektor swasta, dan wakil dari PBB serta organisasi antarabangsa dalam suasana yang kondusif bagi golongan belia membuat perubahan melalui melalui inovasi dan keusahawanan.

UNDP mempromosikan pemerkasaan belia dan menyokong anak muda sebagai ejen perubahan positif sebagai sebahagian daripada dialog, inisiatif sivik, pendidikan dan penyampaian perkhidmatan untuk menangani cabaran dan keperluan khusus belia dalam konteks COVID-19.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Youth Co:Lab, sila lawati www.youthcolab.org

1 7 2 6 3 6 4 6 5 5