Skip to main content
News

Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2023

12 September 2023, Kuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengambil bahagian dalam Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2023 anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang sedang berlangsung bermula 12 – 15 September 2023 bertempat di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Antara program yang terdapat di MIHAS 2023 adalah pameran produk/teknologi/perkhidmatan, sesi padanan perniagaan dan pocket talk. MIHAS turut mengumpulkan pemain industri dari luar negara.
YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri sempat berkunjung ke reruai MOSTI tengah hari tadi.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) dan YBrs. Encik Boniface Anak Edwin Manung, Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D turut berkunjung ke reruai MOSTI.
Reruai MOSTI mempamerkan sepuluh (10) produk/teknologi/perkhidmatan daripada Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) yang terdiri daripada makanan, aplikasi, alatan perubatan dan makanan haiwan hasil R&D tempatan seperti berikut:
i) Appetit Ice Cream dari Proville Tech Sdn. Bhd.;
ii) Bioactive Microorganism Enzymatic Coil Decontamination/ Cleaner (BMED) dan Bioactive Microorganism Enzymatic Surface Decontamination / Cleaner (BMESC) dari Airestec Innovations Sdn. Bhd.;
iii) ecoMINIM®️ dari Maypreen Sdn. Bhd.;
iv) EMVCO Apong Keto Coffee dari Lauryn Manufacturing Sdn. Bhd.;
v) MyB Prosthetic Limb dari MyB innovation Sdn. Bhd.;
vi) NK Age-Reverse dari She Empire Sdn. Bhd.;
vii) Pandai – Personalized Quality Education for All dari Pandai Education Sdn. Bhd.;
viii) Sarang Burung Walit (81MG Asid Sialik/Pek) dari Fuciphagus Agritech Sdn. Bhd.;
ix) Stingless Bee Hive and Hive-accessories for Microclimate System (SHAMS) dari Brainey Sdn. Bhd.; dan
x) VETOMIN-M (Natural Multivitamin For Livestock Made From Coconut Oil) dari Dunita International Sdn. Bhd.
Anda semua dijemput untuk hadir ke MIHAS 2023 dan berkunjung ke reruai MOSTI yang terletak di Hall 10, Aras 3. Pelbagai produk/teknologi/perkhidmatan yang menarik menanti anda di MIHAS 2023.
Marilah kita sama-sama menyokong produk/teknologi/perkhidmatan hasil R&D tempatan.
Skip to content