Skip to main content
News

Hari Istimewa Sains 2023

12 September 2023, Kuala Lumpur – YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi menghadiri Hari Istimewa Sains 2023 anjuran Pusat Sains Negara. Penganjuran Hari Istimewa Sains (Special Science Day, SSD) merupakan satu program khidmat sosial PSN yang diadakan setiap tahun bagi menggalakkan penglibatan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan kurang bernasib baik dalam aktiviti pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI).
Program yang ditawarkan semasa SSD juga direka bentuk khas oleh PSN agar bersesuaian dengan kelainan upaya yang dialami oleh peserta seperti aktiviti melibatkan kemahiran sensori dan kognitif.
SSD 2023 akan membawakan konsep bermain sambil belajar dalam menerokai Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui deria (penglihatan, sentuhan, bau, rasa dan pendengaran). Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya eksplorasi alam, demonstrasi sains, persembahan anak-anak OKU, bengkel permainan sensori dan aktiviti kreatif serta hands-on.
SSD berlangsung selama dua hari bermula 12 – 13 September 2023 di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur dengan menyasarkan penglibatan daripada Golongan OKU berumur 3 hingga 18 tahun termasuk murid bekeperluan khas (MBK) dan persatuan OKU meliputi 6 kategori OKU (Kurang upaya pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, pembelajaran, mental dan pelbagai), Anak Yatim dan penghuni rumah kebajikan Masyarakat; dan Orang awam.
Skip to content