Skip to main content
News

Malaysia Perkukuh Kerjasama ASEAN Ke Arah Pelancaran Angkasa Yang Selamat Dan Mampan

28 September 2026, Kuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) telah menganjurkan The 4th ASEAN Space Policy Expert Exchange Seminar bertemakan “Responsible and Sustainable Space Launch” yang dirasmikan oleh YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Kuala Lumpur hari ini.
Seminar ini menghimpunkan kira-kira 100 peserta daripada Negara Anggota ASEAN, kementerian, agensi Kerajaan, pemain industri dan akademia untuk berkongsi pengalaman, pandangan dan amalan terbaik serta meneroka peluang kerjasama berkaitan pelancaran angkasa yang selamat, bertanggungjawab dan mampan di rantau ini. Seminar ini turut menampilkan pakar daripada MOSTI, UIAM, JAXA, NAST Filipina dan Mitsui Sumitomo Insurance yang berkongsi kepakaran masing-masing.
YB Menteri turut menekankan kepentingan kesiapsiagaan Negara Anggota ASEAN dalam aspek keselamatan, pengurusan risiko, pelesenan dan perlindungan alam sekitar, di samping mematuhi obligasi antarabangsa selaras dengan perkembangan pesat teknologi pelancaran dan aktiviti angkasa.
Pada majlis sama, YB Menteri turut melancarkan Minggu Angkasa Sedunia 2026: Malaysia Chapter bertemakan “Rocket Revolution” yang akan berlangsung sepanjang bulan Oktober melalui pelbagai program berkaitan sains, teknologi dan inovasi angkasa.
Skip to content