18 September 2026, China – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyertai Forum Pemindahan Teknologi dan Inovasi Kolaboratif China-ASEAN ke-14 (FCATTCI-14) bertemakan “πβππππ π΄πΌ, πβππππ ππ’ππππ π ” yang berlangsung di Hotel Mingdu Lakeside, Nanning, China.
Delegasi Malaysia dipimpin oleh YBrs Tuan Ooli Gunalan Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI. Dalam majlis pembukaan, pemimpin dari China dan negara-negara anggota ASEAN sebulat suara mengesahkan komitmen untuk memajukan pembangunan dan inovasi serantau menerusi pertukaran teknologi yang lebih mendalam.
Forum ini menyerlahkan pencapaian utama, antaranya pelancaran Pusat Kerjasama Inovasi China-ASEAN untuk AI serta pengenalan kumpulan pertama 14 senario aplikasi AI bagi “Program Ganjaran Rentas Sempadan”. Program ini merangkumi pelbagai sektor pintar seperti pengangkutan, pertanian, pembuatan, dan tenaga baharu yang melibatkan tujuh Negara Anggota ASEAN termasuk Malaysia.
Selain itu, Malaysia turut mencatatkan kejayaan pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Inovasi dan Keusahawanan China-ASEAN (CAIEC) Ke-4, di mana projek kerjasama China-Malaysia βππ’ππππ πππππππ πππβππππππ¦β memenangi Hadiah Pertama (Kumpulan Pasukan), manakala projek platform pengajaran AI dari Malaysia memenangi Hadiah Ketiga (Kumpulan Perusahaan).
Dalam sesi pembentangan pakar, Malaysia yang diwakili oleh YBrs Encik Mohd Safuan Mohd Zairi Ketua Pegawai Pembangunan Ekosistem MRANTI, telah membuat pembentangan berkaitan laluan negara dalam kerjasama antarabangsa bagi sektor penjagaan kesihatan berasaskan AI. Selain menghadiri sesi persidangan, delegasi MOSTI turut mengadakan lawatan ke Taman Industri Pengkomputeran AI Wuxiang Cloud Valley dan Akademi Kecerdasan Buatan Guangxi bagi meninjau perkembangan infrastruktur serta aplikasi teknologi AI.
Tuan Ooli Gunalan Manickam juga mewakili Malaysia menyampaikan ucapan pada Meja Bulat Peringkat Menteri ChinaβASEAN mengenai Kecerdasan Buatan 2026 yang menekankan keseimbangan antara pembangunan dan keselamatan AI.
Penyertaan delegasi MOSTI diakhiri dengan lawatan ke Pameran Teknologi Canggih Ekspo China-ASEAN ke-23 pada 18 September untuk meneroka potensi aplikasi teknologi baharu bagi negara-negara anggota ASEAN.




