Skip to main content
News

Sesi Sembang Santai Bil. 18/2026

18 September 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai hari ini dimulakan dengan aktiviti senaman X-Break yang disertai oleh warga MOSTI. Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Atrium Peterana, C5 MOSTI.

Sesi kali ini menampilkan YBrs. Dr Fairuz Binti Ibrahim, Pegawai Psikologi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia , MOSTI. Topik perkongsian beliau pada hari ini adalah “Rahsiah Di Sebalik Senyuman” yang menekankan kepentingan senyuman bukan sekadar ekspresi wajah, malah sebagai alat psikologi yang amat berkuasa dalam kehidupan seharian dan persekitaran kerja.
Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Dr. Fairuz atas perkongsian yang bermanfaat kepada semua warga MOSTI.
Skip to content