Skip to main content
News

Malaysia Techlympics 2026 Zon Pantai Timur 2.0 Himpun 1061 Peserta di Kelantan

23 Ogos 2026, Kelantan – YBhg. Datin Safida Zalma Binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha ( Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, hadir Program Malaysia Techlympics 2026 Peringkat Zon Pantai Timur 2.0 yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Program berkenaan berjaya menarik penyertaan seramai 1061 orang peserta dari negeri Kelantan.

Dalam ucapan perasmian oleh YB Haji Kamaruzaman Bin Muhammad, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan, beliau menegaskan bahawa matlamat utama penganjuran Malaysia Techlympics adalah untuk membudayakan sains, teknologi dan inovasi (STI) secara praktikal (hands-on) dan pendekatan berasaskan pengalaman (experiential learning) secara tidak formal khususnya melibatkan golongan sasar terdiri daripada murid, pelajar dan belia.
Inisiatif anjuran MOSTI ini bertujuan memupuk minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Melalui pendekatan pertandingan yang menyeronokkan, program tersebut berhasrat membudayakan belia dengan minda kritikal, kemahiran berimpak tinggi serta nilai inovasi yang bermakna.
Seiring dengan komitmen MOSTI dalam memperkasakan STI, program ini turut menekankan pendedahan terhadap perkembangan teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI), pengekodan, pengkomputeran, dan teknologi dron. Langkah ini disifatkan penting memandangkan teknologi seperti AI kini semakin berkembang pesat dan digunakan secara meluas dalam pelbagai kehidupan seharian.
Skip to content