22 Ogos 2026, Taiping – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) terus memperkasa pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di dalam kalangan murid sekolah menerusi penganjuran Program STEM Camp MOSTI 2026 yang bertempat di SJK (T) St. Teresa’s Convent, Taiping, Perak.
YBrs. Puan Nani Rahayu binti Sudin, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI, MOSTI telah merasmikan majlis penutupan program berkenaan pada hari ini yang dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK (T) St. Teresa’s Convent dengan kerjasama strategik NKN Academy. Program tersebut telah berjaya merekodkan penyertaan seramai 144 murid dari empat buah sekolah iaitu SJK (T) St. Teresa’s Convent, SJK (T) Ladang Stoughton, SJK (T) Ladang Malaya, dan SJK (T) Ulu Sepetang.
Melalui pendedahan amali secara interaktif, para peserta berpeluang merasai sendiri keajaiban dunia sains fizikal, aeroangkasa, dan automasi menerusi modul-modul menarik seperti:
Inisiatif berterusan ini membuktikan peranan MOSTI sebagai pemangkin utama dalam mengarusperdanakan pembudayaan STI ke seluruh pelosok negara. Pendedahan amali ini bukan sahaja menyemarakkan minat murid terhadap sains moden, malah membentuk minda reka cipta generasi muda yang berdaya saing serta bersedia menjadi peneraju teknologi masa depan.




