Skip to main content
News

Malaysia Techlympics Mendorong Inovasi Bakat Muda Negara

By 2021-11-10#!30Thu, 11 Nov 2021 14:42:14 +0800p1430#30Thu, 11 Nov 2021 14:42:14 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 11pm30pm-30Thu, 11 Nov 2021 14:42:14 +0800p2Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302021Thu, 11 Nov 2021 14:42:14 +08004224211pmThursday=321#!30Thu, 11 Nov 2021 14:42:14 +0800pAsia/Kuala_Lumpur11#November 11th, 2021#!30Thu, 11 Nov 2021 14:42:14 +0800p1430#/30Thu, 11 Nov 2021 14:42:14 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Thu, 11 Nov 2021 14:42:14 +0800pAsia/Kuala_Lumpur11#No Comments
10 November 2021, Kuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan kempen promosi dan pertandingan Malaysia Techlympics yang akan diadakan pada tahun hadapan. Pelancarannya disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Inisiatif Malaysia Techlympics berkonsepkan pembelajaran experiential untuk memupuk kesedaran, minat, penciptaan idea dan pengaplikasian ilmu sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di kalangan pelajar dan belia berumur 7 hingga 30 tahun.
Melalui inisiatif Malaysia Techlympics, peserta akan terlibat dalam program pembelajaran experiential melalui pendekatan secara maya (virtual) dan fizikal dengan tema Berhubung (Connect), Bersaing (Compete) dan Meraikan (Celebrate).
Aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan di bawah Malaysia Techlympics adalah berlandaskan bidang keutamaan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE) yang dibangunkan MOSTI termasuk Sains, Kejuruteraan Pengkomputeran & Pengkomputeran Mikro, Internet Kebendaan (IOT), Robotik, Dron, Matematik, Reka Bentuk Kreatif & Animasi dan Pencetakan & Pembangunan 3D.
Para pelajar dan belia dijemput menyertai program awal “Road to Malaysia Techlympics” dengan mendaftar menerusi laman web www.techlympics.my.