Skip to main content
News

Malaysia’s National Artificial Intelligence (AI) Roadmap 2021-2025

3 November 2023, Selangor – YBhg. Dato’ Ts Dr Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI berpeluang berkongsi mengenai Malaysia’s National Artificial Intelligence (AI) Roadmap 2021-2025 di Klang Chinese Chamber of Commerce and Industry (KCCCI) AI Conference.
Terlebih dahulu YBhg. Dato’ Ts Dr Aminuddin menerangkan mengenai Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dan Rangka Kerja 10-10 Sains,Teknologi, Inovasi & Ekonomi (10-10 MySTIE) kemudiannya berkongsi tentang Pelan Hala Tuju Kecedasan Buatan (AI) diikuti dengan beberapa inisiatif yang diambil oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk membantu pembangunan teknologi di Malaysia.
Pelan Hala Tuju AI (AI-Rmap) bertujuan untuk membangunkan ekosistem inovasi kepintaran buatan bagi pembangunan Artificial Intelligence (AI) yang memanfaatkan kolaborasi quadruple helix berpandukan prinsip AI yang bertanggungjawab.
AI-Rmap menggariskan 11 kes penggunaan AI Kebangsaan masing-masing dengan pemacu teknologi khusus seperti teknologi penderia, sistem pintar canggih dan analitik tambahan dalam lima (5) bidang keutamaan negara seperti:
a. Pertanian & Perhutanan;
b. Perubatan & Penjagaan Kesihatan;
c. Bandar Pintar & Pengangkutan;
d. Pendidikan; dan
e. Perkhidmatan Awam.
Pelan hala tuju itu juga menggariskan tujuh prinsip untuk membimbing pembangunan AI yang dipercayai dan bertanggungjawab iaitu:
a. Keadilan;
b. Kebolehpercayaan, keselamatan dan kawalan;
c. Privasi dan keselamatan;
d. keterangkuman;
e. Ketelusan;
f. Akauntabiliti; dan
g. Kemaslahatan dan kebahagiaan manusia.
Terdapat kira-kira 121 syarikat berfokus AI yang telah diprofilkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sehingga Oktober 2023. Di antara 121 syarikat itu, 41 syarikat memperoleh status Digital Malaysia (dahulunya dikenali sebagai MSC) di mana mereka ditawarkan insentif, hak dan keistimewaan daripada Kerajaan.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia mengiktiraf peranan Kepintaran Buatan dalam meningkatkan ekonomi Malaysia dan mempamerkan keupayaan sebenar Malaysia
Pelan Hala Tuju AI Kebangsaan ialah dokumen rujukan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia melalui aplikasi teknologi AI di samping mempercepatkan transformasi negara menjadi sebuah negara berteknologi tinggi.
Skip to content