Skip to main content
News

Projek Pembangunan Pusat Kemudahan Simulasi Pasukan Tindakbalas Nuklear Untuk Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Daerah Sepang

2 November 2023, Selangor – Penyerahan Projek Siap iaitu Projek Pembangunan Pusat Kemudahan Simulasi Pasukan Tindakbalas Nuklear Untuk Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Daerah Sepang telah berlangsung pada 2 November 2023 (Khamis) di Jabatan Tenaga Atom (JTA).

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor, YBr Tuan Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria kepada pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang diwakili oleh YBrs En Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan).
Pada majlis ini, turut diadakan upacara menandatangani Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek oleh Jurutera Daerah Sepang, Encik Azarul Azlan bin Mohd Radhi, selaku Wakil Pegawai Penguasa (SO) kepada pihak MOSTI yang turut disaksikan oleh YBrs. Puan Noraishah binti Pungut, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom.
Projek ini telah bermula pada 1 November 2022 dan siap sepenuhnya pada 14 Ogos 2023 serta berjaya disiapkan dalam tempoh kurang setahun. Kontraktor utama bagi projek ini ialah Green Evo Enterprise (G3).
Projek ini dilaksanakan bertujuan untuk melestarikan kompetensi dan kemahiran anggota Pasukan Tindak Balas Nuklear (PTN) dalam aspek kesiapsiagaan seterusnya menjalankan tindakbalas terhadap insiden nuklear dan radiologi dengan lebih terancang dan berkesan bagi mengurangkan risiko kepada anggota, orang awam dan persekitaran alam sekitar.
MOSTI mengharapkan supaya dengan wujudnya latihan simulasi yang spesifik dan bersesuaian dengan gerak kerja tindakbalas, PTN dapat membentuk satu prosedur tindakan yang tepat dan berkesan dalam menanggani proses tindakbalas.
Skip to content