Skip to main content
News

MBOT Tune Summit 2026

16 November 2026, Serdang – YBhg. Datin Safida Zalma Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI telah merasmikan MBOT TUNE Summit 2026 yang bertemakan “Bakat TVET Berkemahiran Digital, Teras Pembangunan Negara”, bersempena Program Pembudayaan STI Bersepadu MOSTI Peringkat Akhir Kebangsaan 2026.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada MBOT atas kejayaan menubuhkan 30 Student Chapter yang melibatkan lebih 2,400 pelajar menerusi 16 aktiviti. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa bakat muda serta membina ekosistem TVET yang berdaya saing.
Beliau turut menegaskan bahawa penguasaan literasi digital dan kemahiran teknikal merupakan keperluan penting bagi melahirkan tenaga kerja TVET berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi tuntutan industri serta menyokong agenda pembangunan negara.
Dalam memperkukuh pembangunan bakat STEM, MOSTI turut melaksanakan Program STI 100 Kuasa Tiga 2026, yang melibatkan 100 pakar di 100 sekolah dalam tempoh 100 hari dengan peruntukan RM1 juta.
MOSTI menyeru golongan muda agar terus membina kompetensi dan mempersiapkan diri menghadapi kerjaya masa hadapan dengan memperkukuh pemikiran kritis, daya tahan serta keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan keperluan industri.
Skip to content