Skip to main content
News

Daripada Inovasi Bioteknologi ke Pasaran: Memacu Biousahawan dan Bioekonomi Malaysia

16 November 2026, Serdang – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang BioInnovation Launchpad 2026 Demo Day bersempena Ekspo Sains, Teknologi dan Inovasi (E-STI) 2026 di MAEPS, Serdang.
Program ini menghimpunkan 10 BioInnovator terbaik yang berpeluang membentangkan inovasi bioteknologi dan berasaskan bio kepada pelabur, penyedia dana serta pakar industri, sekali gus membuka ruang kepada potensi kerjasama dan pengkomersialan hasil inovasi.
Bagaimana penyelidikan dalam bidang bioteknologi dan sains hayat dapat diterjemahkan menjadi produk serta penyelesaian sebenar yang memberi manfaat kepada masyarakat?
Daripada penggunaan mikroorganisma bermanfaat bagi memulihkan kesihatan tanah, aplikasi biologi molekul dalam pendidikan STEM, hinggalah penghasilan biokomposit daripada sisa pertanian, semuanya membuktikan potensi besar inovasi bioteknologi dalam menangani cabaran keterjaminan makanan, kelestarian alam sekitar dan pembangunan ekonomi negara.
Inilah usaha menterjemahkan ilmu kepada inovasi, inovasi kepada nilai ekonomi dan seterusnya memacu pertumbuhan bioekonomi Malaysia!
Skip to content