29 Oktober 2026, Kuala Lumpur – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menjawab pertanyaan lisan daripada YB Datuk Larry Soon@Larry Sng Wei Shien, Ahli Parlimen Julau berhubung keupayaan teknologi nasional.
MOSTI melalui MIMOS terus membangunkan teknologi strategik dalam bidang semikonduktor, keselamatan siber, kecerdasan buatan dan teknologi kuantum bagi memperkukuh keupayaan serta kemandirian teknologi negara.
Dengan 43 teknologi berjaya dikomersialkan, MIMOS terus mempergiat pemindahan dan pelesenan teknologi kepada industri berasaskan keperluan pasaran.
MOSTI komited memastikan pelaburan R&D diterjemahkan kepada penerimagunaan teknologi yang meningkatkan kecekapan sektor awam, memperkukuh daya saing industri dan memberi manfaat kepada rakyat.




