30 Oktober 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai hari ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI dan warga MOSTI yang berkelapangan pada hari ini di Atrium Peterana, Blok C5 MOSTI.
Sesi perkongsian hari ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Ashraf Bin Abdul Malik dari Bahagian Pentadbiran dengan topik yang bertajuk “Dasar Agenda Nasional Malaysia Sihat”. Perkongsian beliau pada kali ini adalah penegasan kepada kaki tangan Kerajaan untuk sentiasa mengaplikasikan budaya hidup sihat berdasarkan Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan (DLKK).
Perkongsian ini bukan sahaja memupuk warga MOSTI yang cergas dan produktif, tetapi komitmen padu serta sokongan teguh kementerian terhadap aspirasi Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).




