Skip to main content
NewsCovid-19

Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Mulakan Tugas Secara Rasmi

By 2021-08-30#!30Wed, 01 Sep 2021 16:51:29 +0800+08:002930#30Wed, 01 Sep 2021 16:51:29 +0800+08:00-4+08:003030+08:00x30 01pm30pm-30Wed, 01 Sep 2021 16:51:29 +0800+08:004+08:003030+08:00x302021Wed, 01 Sep 2021 16:51:29 +0800514519pmWednesday=321#!30Wed, 01 Sep 2021 16:51:29 +0800+08:00+08:009#September 1st, 2021#!30Wed, 01 Sep 2021 16:51:29 +0800+08:002930#/30Wed, 01 Sep 2021 16:51:29 +0800+08:00-4+08:003030+08:00x30#!30Wed, 01 Sep 2021 16:51:29 +0800+08:00+08:009#No Comments
30 Ogos 2021, Kuala Lumpur – YB Dato’ Sri Dr Adham Baba hari ini memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi selepas istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.
Selesai upacara mengangkat sumpah, YB Dato’ Sri Dr. Adham terus mengadakan lawatan pertama beliau ke Solution Biologics Sdn Bhd (SolBio) untuk mendalami lebih lanjut tentang penyelidikan dan pembangunan (R&D) pemvaksinan, bertempat di Taman Teknologi Malaysia, yang merupakan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
SolBio, anak syarikat Solution Group Berhad ini telah menandatangani perjanjian produk pukal kepada produk siap bersama CanSino Biologics Inc. dari China untuk pembekalan vaksin Recombinant Ad5-nCoV, juga dikenali sebagai Convidecia. CanSino turut membekalkan bahan farmaseutikal aktif untuk pengisian dan pembotolan (fill and finish) kepada SolBio sebagai produk siap vaksin untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menyuarakan hasrat supaya negara menjadi antara pengeluar vaksin COVID-19 dunia, YB Dato’ Sri Dr. Adham berkata, “Malaysia mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang biologi molekul, genomik dan teknologi, serta mampu mengorak langkah membangunkan pusat penyelidikan vaksinnya sendiri. R&D vaksin akan menjadi salah satu agenda utama MOSTI dalam memacu sains, teknologi dan inovasi (STI) supaya negara mempunyai keupayaan untuk menghasilkan vaksin sendiri bagi tujuan kesihatan dan keselamatan ekonomi (health and economic securities) negara.
MOSTI akan memainkan peranan yang lebih agresif termasuklah dalam penyediaan infrastruktur yang berkesan serta mengeratkan kerjasama antara industri dan penyelidikan untuk meningkatkan pembangunan kapasiti di Malaysia.”
YB Dato’ Sri Dr. Adham juga meluangkan masa mendengar taklimat berkenaan Kementerian dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah Tapsir, turut dihadiri oleh YB Datuk Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri MOSTI, YBrs Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) dan YBrs. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains).
Skip to content