Skip to main content
News

Lawatan Kerja Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ke Agensi-Agensi Pembiaya di Bawah Seliaan MOSTI

By 2021-08-29#!31Mon, 30 Aug 2021 13:08:36 +0800p3631#31Mon, 30 Aug 2021 13:08:36 +0800p-1Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 30pm31pm-31Mon, 30 Aug 2021 13:08:36 +0800p1Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312021Mon, 30 Aug 2021 13:08:36 +0800081088pmMonday=321#!31Mon, 30 Aug 2021 13:08:36 +0800pAsia/Kuala_Lumpur8#August 30th, 2021#!31Mon, 30 Aug 2021 13:08:36 +0800p3631#/31Mon, 30 Aug 2021 13:08:36 +0800p-1Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 30 Aug 2021 13:08:36 +0800pAsia/Kuala_Lumpur8#No Comments
28 Ogos 2021, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini mengadakan lawatan kerja ke agensi-agensi pembiaya di bawah seliaan MOSTI iaitu Cradle Fund Sdn Bhd, Malaysia Venture Capital (MAVCAP) dan Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV).
Semasa di Cradle Fund, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Puan Rafiza Ghazali telah memberikan taklimat mengenai perkembangan terkini Cradle serta impak Cradle Investment Programme (CIP) terhadap pembangunan ekonomi negara dan sektor syarikat teknologi peringkat awal di Malaysia, khususnya.
Turut dibincangkan adalah mengenai pembangunan ekosistem syarikat start-ups tempatan dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif dengan sokongan pihak MOSTI selaras dengan komitmen Lembaga Pengurusan Kanan Cradle bagi memastikan peranan Cradle dalam mewujudkan ekosistem yang mampan bagi komuniti syarikat start-ups di Malaysia dan usahawan teknologi mengharungi segala cabaran dan berkembang berdasarkan landskap yang semakin berubah.
Seterusnya, YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. KSU melawat MAVCAP yang merupakan sebuah syarikat modal teroka di bawah seliaan MOSTI. Ditubuhkan pada tahun 2001, MAVCAP melabur secara modal teroka dalam syarikat syarikat berteknologi tinggi, antaranya Carsome, TheLorry, Aerodyne, Naluri dan lain lain.
MAVCAP juga mempunyai pegangan dalam 11 syarikat dana dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dan luar negara seperti AXIATA, Johor Corporation, Gobi Partners dan 500 Startups.
Agensi pembiaya yang turut dilawati hari ini ialah MDV yang merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI yang berperanan untuk menyediakan pembiayaan kewangan kepada syarikat-syarikat di dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), teknologi hijau, bioteknologi dan teknologi baharu.