Skip to main content
News

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Keempat Malaysia-China dalam Kerjasama STI (4th JCM): Malaysia dan China Eratkan Kerjasama Sains, Teknologi dan Inovasi (STI)

22 Jun 2026, Putrajaya – Malaysia dan Republik Rakyat China (RRC) terus memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang sains, teknologi, dan inovasi melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Keempat (JCM) yang berlangsung di sini hari ini yang dipengerusikan oleh YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, serta wakil RRC, PYT Lin Xin.
Antara fokus utama mesyuarat merangkumi pertukaran dasar sains, teknologi, dan inovasi (STI), penyelidikan dan pembangunan (R&D) bersama, pertukaran kepakaran, penubuhan makmal bersama,pemindahan teknologi, serta pengkomersialan.
JCM turut membentangkan laporan Program Penyelidikan Bersama yang menaja lapan projek Malaysia, serta inisiatif Makmal Bersama dalam bidang-bidang kritikal seperti kecerdasan buatan (AI), bioteknologi, blok rantai, dan tenaga boleh baharu.
Sempena mesyuarat tersebut, MOSTI melalui Akademi Sains Malaysia turut mengumumkan pemilihan 10 penyelidik tempatan untuk menyertai Program Pertukaran Kepakaran Malaysia-China (MSE). Kesemua penyelidik ini akan ditempatkan selama enam bulan di pelbagai institusi penyelidikan dan syarikat terpilih di RRC bagi membina kapasiti negara dalam bidang teknologi strategik.
MOSTI berharap kolaborasi ini dapat memperluas peluang pengkomersialan inovasi demi memacu impak ekonomi mampan selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN).
Skip to content