22 Jun 2026, Kuala Lumpur – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menjawab soalan berhubung penilaian impak insentif fiskal dalam sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D), termasuk potongan cukai serta geran melalui CRADLE dan MRANTI, terhadap peningkatan kadar inovasi industri tempatan di Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ke-15.
Turut dijelaskan ialah dasar terkini Kerajaan dalam menggalakkan syarikat multinasional melaksanakan aktiviti R&D yang substantif di Malaysia, selaras dengan usaha memperkukuh ekosistem inovasi negara serta merancakkan pertumbuhan ekonomi berteraskan sains, teknologi dan inovasi.




