10 April 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah menghadiri Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) bil. 3/2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang membincangkan mengenai isu-isu utama berkaitan kesejahteraan rakyat MADANI dan pelaksanaan reformasi perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan berimpak tinggi.