Skip to main content
News

Mesyuarat Perancangan Strategik dan Penetapan Inisiatif Tahun 2024 di Bawah Sektor Pembangunan Teknologi, MOSTI

20 November 2023 – Mesyuarat Perancangan Strategik dan Penetapan Inisiatif Tahun 2024 di Bawah Sektor Pembangunan Teknologi, MOSTI telah diadakan pada 18-20 November 2023.
Objektif mesyuarat ini adalah bagi meneliti pencapaian Inisiatif Tahun 2023 serta merancang, menetap dan menyelaraskan Inisiatif Tahun 2024 yang merangkumi semua perancangan program/ aktiviti di bawah Sektor Pembangunan Teknologi agar selari dengan hala tuju MOSTI bagi tahun 2024. Di samping itu, mesyuarat ini juga adalah sebagai salah satu platform bagi memperkukuhkan kerjasama antara semua pegawai di bawah Sektor Pembangunan Teknologi bagi mencapai dasar dan hala tuju MOSTI.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh 80 warga sektor T dan juga agensi di bawah Sektor T.
Amanat pembukaan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ts Dr Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI.
Program tersebut turut dimeriahkan dengan sesi bersama YBhg. Dato’ Ts Dr Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI yang menekankan peranan sektor pembangunan teknologi dalam kelestarian MOSTI.
Antara perkara yg dibincangkan adalah pengukuhan ekosistem pengkomersialan R&D tempatan, pembangunan vaksin manusia, kriteria Environment Social dan Governance (ESG) dalam pendanaan MOSTI dan bidang tenaga boleh diperbaharui yang menyokong National Energy Transition Roadmap (NETR), termasuklah teknologi hidrogen.
Skip to content