Skip to main content
News

MIMOS Quantum Day 2026

30 September 2026, Kuala Lumpur – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi MIMOS Berhad telah menganjurkan MIMOS Quantum Day 2026 bertemakan Kecerdasan Quantum: Gelombang Baharu Transformasi Global yang dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Kuala Lumpur.
Program ini telah menghimpunkan pemain ekosistem kuantum dalam satu platform perkongsian ilmu, pameran teknologi dan perbincangan mengenai masa depan Malaysia ke arah kesiapsiagaan kuantum.
Program ini juga mengetengahkan pelbagai penyelesaian dan platform teknologi kuantum MIMOS, di samping aplikasi berteraskan kesiapsiagaan kuantum daripada rakan industri. Para peserta turut berpeluang meneroka keupayaan teknologi yang sedang berkembang serta memahami kepentingan persediaan ke arah landskap digital yang selamat dalam era kuantum.
Skip to content