22 Disember 2021, Selangor – MOSTI melalui Puspanita MOSTI, Surau Ar-Raudhah As-Sakinah, Kelab Sukan & Kebajikan (KEMSAINS) dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) saling membantu warga kerja MOSTI/Jabatan dan Agensi yang terkesan akibat banjir.
Misi prihatin #KeluargaMOSTI yang terdiri daripada sukarelawan dari kalangan warga MOSTI telah digerakkan untuk membantu membersihkan rumah #KeluargaMOSTI yang terjejas akibat banjir.
YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI turut bersama-sama melawat dan memberi bantuan. Sumbangan berupa barangan asas harian diperoleh melalui kutipan/sumbangan dari warga MOSTI sendiri.
Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit beban mereka.