Skip to main content
News

MOSTI Perkukuh Inovasi: Ruang Daya Cipta (RDC) Melaka Dilancar, Sedia Akses Teknologi Komuniti

3 Disember 2025, Melaka – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) terus memperkukuh agenda mengarusperdanakan inovasi dengan mengoperasikan Ruang Daya Cipta (RDC) Melaka, pusat komuniti berasaskan STI yang menyediakan akses kepada teknologi seperti komputer, pencetak 3D dan studio digital.

RDC Melaka, yang siap pada Mac 2025 di MiCoST merupakan sebahagian daripada rangkaian 23 RDC di seluruh negara. Pembangunan pusat ini adalah dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Melaka, selaras dengan Dasar Inovasi Sosial (DIS).
Perasmian RDC Melaka telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dengan kehadiran barisan EXCO Negeri Melaka, wakil Pengurusan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, wakil Kerajaan Negeri, Pengurusan Yayasan Inovasi Malaysia dan rakan strategik.
RDC dijangka meningkatkan kemahiran teknologi masyarakat, mencetus penyelesaian inovatif serta menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan. Inisiatif ini memperlihatkan komitmen kerajaan membina ekosistem inovasi sosial yang inklusif dan berdaya saing, seiring aspirasi DSTIN 2021–2030 untuk menjadikan Malaysia negara berteknologi tinggi.
Skip to content