1 Disember 2023, Kuala Lumpur – YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini mendaftar diri dengan Identiti Digital Nasional atau MyDigital ID.
MyDigital ID merupakan sistem pengesahan identiti secara atas talian yang menekankan aspek keselamatan. Ia adalah platform yang dipercayai dan selamat, serta memudahkan pengesahan identiti dalam talian bagi mengelakkan penipuan identiti dalam urusan secara dalam talian, tanpa menggantikan sistem MyKad
Tujuan utama pembangunan MyDigital ID adalah untuk memperkukuhkankeyakinan dalam landskap digital, manakala matlamat utamanya adalah meningkatkan keselamatan, kecekapan, dan keselesaan dalam proses pengenalan dan pengesahan pengguna untuk perkhidmatan dalam talian dan transaksi digital.
Turut sama membuat membuat pendaftaran antaranya Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, YAB Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang; Menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan Kerajaan
MIMOS Berhad sebuah agensi di bawah MOSTI merupakan Agensi Pelaksana bagi program Digital ID Negara.