Skip to main content
News

YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Tore O. Sandvik, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Norway dan turut dihadiri TYT Morten Paulsen iaitu Duta Norway ke Malaysia

1 Disember 2023, Kuala Lumpur – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Tore O. Sandvik, Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Norway dan turut dihadiri TYT Morten Paulsen iaitu Duta Norway ke Malaysia. Mesyuarat tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai Kementerian serta wakil dari Agensi Angkasa Malaysia, Cradle Fund, dan MAVCAP.
Malaysia dan Norway berpeluang mengadakan perbincangan bagi meneroka kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) terutama sekali melibatkan bidang angkasa, kenderaan elektrik, ekosistem syarikat pemula dan lain-lain bidang kerjasama yang akan memberi faedah kepada kedua-dua buah negara.
Skip to content