Skip to main content
News

NICE 2026: Dialog Antara Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

27 Ogos 2026, Kuala Lumpur – Hari kedua #NICE2026 dimulakan dengan sesi π‘€π‘–π‘›π‘–π‘ π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘–π‘Žπ‘™ π·π‘–π‘Žπ‘™π‘œπ‘”π‘’π‘’: β€œπΉπ‘Ÿπ‘œπ‘š 𝑅&𝐷 π‘‘π‘œ 𝑅𝑒𝑣𝑒𝑛𝑒𝑒: π‘‡π‘’π‘Ÿπ‘›π‘–π‘›π‘” π‘€π‘Žπ‘™π‘Žπ‘¦π‘ π‘–π‘Žβ€™π‘  πΌπ‘›π‘›π‘œπ‘£π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› πΌπ‘›π‘£π‘’π‘ π‘‘π‘šπ‘’π‘›π‘‘π‘  πΌπ‘›π‘‘π‘œ πΈπ‘›π‘‘π‘Ÿπ‘’π‘π‘Ÿπ‘’π‘›π‘’π‘’π‘Ÿ π‘Šπ‘–π‘›π‘ β€ yang menampilkan YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; YB Steven Sim Chee Keong, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP); serta Puan Tehmina Kaoosji, Independent Broadcast Journalist, Partner & Communications Director, The Big Picture (TBP) Communications, selaku moderator.

Dalam sesi ini, YB Menteri MOSTI mengulas pendekatan π‘€β„Žπ‘œπ‘™π‘’-π‘œπ‘“-π‘”π‘œπ‘£π‘’π‘Ÿπ‘›π‘šπ‘’π‘›π‘‘ menerusi NICE 2026 dalam memperkukuh ekosistem inovasi negara, melibatkan kerjasama rentas kementerian termasuk KUSKOP, MITI, KPM dan KPT bagi memastikan pelaburan R&D dapat diterjemahkan kepada pengkomersialan, peluang keusahawanan dan impak ekonomi.
YB Steven Sim pula menegaskan komitmen KUSKOP menerusi Belanjawan 2026 dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM15 bilion bagi pembiayaan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), termasuk syarikat pemula dan koperasi. Komitmen ini bukan sahaja bertujuan memperluas akses kepada pembiayaan, malah memastikan usahawan mempunyai sokongan yang mencukupi untuk memulakan, mengembangkan dan menskalakan perniagaan.
Pada masa yang sama, KUSKOP memberi penekanan kepada pembangunan produk dan perniagaan yang mampu memberi impak nyata kepada komuniti, berdaya tahan dalam jangka panjang serta mempunyai potensi untuk menembusi pasaran yang lebih luas, termasuk pasaran global. Sehubungan itu, KUSKOP akan terus memperkemas dan memudah cara proses permohonan serta akses pembiayaan agar sokongan Kerajaan dapat disalurkan dengan lebih cekap, mudah dan bersesuaian dengan keperluan usahawan pada setiap peringkat pertumbuhan perniagaan.
Dialog ini memperlihatkan komitmen bersepadu kerajaan dalam merapatkan jurang antara R&D, pengkomersialan dan pasaran, sekali gus membuka lebih banyak ruang kepada inovator dan usahawan tempatan untuk berkembang serta menembusi pasaran global.
Skip to content