Skip to main content
News

NICE 2026 Perkukuh Ekosistem Inovasi Malaysia Ke Arah Pertumbuhan Global

27 Ogos 2026, Kuala Lumpur – YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, hari ini merasmikan National Innovation & Commercialisation Expo 2026 (NICE 2026) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Mengangkat tema “Misi ke Pasaran, Malaysia ke Dunia”, NICE 2026 dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi MRANTI sebagai platform memperkukuh ekosistem inovasi dan pengkomersialan negara.
Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menekankan bahawa inovasi mesti terus diperkasa sebagai kekuatan untuk menggerakkan ekonomi, meningkatkan daya saing negara serta membentuk masyarakat yang berilmu dan berpemikiran ke hadapan.
Pada masa yang sama, kemajuan sains, teknologi dan kecerdasan buatan (AI) perlu bergerak seiring dengan pemeliharaan nilai, budaya dan kemanusiaan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Walaupun negara rancak mengejar kemajuan teknologi terkini, ibarat “menggapai yang di langit”, rakyat Malaysia dituntut untuk terus “mengakar ke bumi” dengan tidak melupakan permasalahan serta kepentingan masyarakat.
Sementara itu, YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, menyatakan komitmen terhadap penyelidikan dan inovasi akan terus dipertingkatkan menerusi Rancangan Malaysia (RMK) bagi membolehkan negara menghasilkan produk dan penyelesaian berimpak tinggi, sekali gus memperkukuh peralihan daripada sekadar “made in Malaysia” kepada “made by Malaysia”.
YAB Perdana Menteri turut menyampaikan beberapa anugerah utama serta menyaksikan pertukaran MoU termasuk penyertaan Malaysia ke International Vaccine Institute (IVI).
Daripada penyelidikan kepada inovasi, daripada inovasi kepada pasaran NICE 2026 memperkukuh langkah Malaysia untuk mencipta, mengkomersialkan dan bersaing di pentas dunia.
Skip to content