Skip to main content
News

PELAN HALA TUJU STRATEGIK INTERNET OF THINGS (IOT) KEBANGSAAN : MAMPU MENJANA PELUANG EKONOMI BERNILAI RM890 BILION

By 2015-05-21#!30Mon, 12 Apr 2021 11:46:21 +0800p2130#30Mon, 12 Apr 2021 11:46:21 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 12am30am-30Mon, 12 Apr 2021 11:46:21 +0800p11Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302021Mon, 12 Apr 2021 11:46:21 +08004611464amMonday=321#!30Mon, 12 Apr 2021 11:46:21 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#April 12th, 2021#!30Mon, 12 Apr 2021 11:46:21 +0800p2130#/30Mon, 12 Apr 2021 11:46:21 +0800p-11Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Mon, 12 Apr 2021 11:46:21 +0800pAsia/Kuala_Lumpur4#No Comments

 

KUALA LUMPUR (KLCC), 21 Mei 2015 – MOSTI bakal menerajui   pelaksanaan Pelan Hala Tuju Strategik Internet of Things (IoT) Kebangsaan yang bakal dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri dalam tempoh terdekat. Teknologi ini dilihat mampu menjana peluang ekonomi di peringkat global bernilai RM890 bilion di samping nilai tambah RM6,100 bilion menjelang tahun 2020. Menjelang 2020, IoT dianggarkan berkembang pada kadar 34.1 peratus setahun di rantau Asia Pasifik.

Perkara ini diumumkan oleh YB Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE 2015) bermula pada 21 hingga 23 Mei 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan temanya Melewati Inovasi (Beyond Innovation).

Persidangan meliputi setiap aspek inovasi dan impaknya kepada manusia sejagat. Program tahunan ini bertujuan untuk mengiktiraf usaha-usaha inovasi dan kreativiti rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Hasil penyelidikan, kreativiti dan inovasi yang dijana diharap dapat terus dibangunkan supaya berpotensi menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara.

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) yang akan dibentangkan dapat menjadi panduan dan hala tuju agenda pembangunan negara dalam tempoh lima tahun akan datang selaras dengan tema NICE2015 iaitu Beyond Innovation.  Sehubungan  itu,  ekosistem Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara akan terus diperkukuhkan dan STI will have a special role in this final lap to achieve a developed nation status”, kata YB Datuk Dr. Ewon Ebin.

MOSTI turut berkeyakinan Kerajaan akan terus komited memperkasa agenda STI negara melalui peruntukan di bawah RMKe-11 bagi membiayai projek-projek R,D&C yang bersifat game changer, meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan STI negara dan membudayakan STI di seluruh kalangan masyarakat. 

MOSTI juga yakin akan mencapai sasarannya pengkomersilan 360 produk R&D yang berimpak tinggi menjelang 2020.   Bagi membolehkan  lebih banyak produk R&D membuat anjakan ke pasaran (move to market) Kerajaan juga telah bersetuju memperluas skop dana R,D&C yang diurus oleh MOSTI bagi turut membiayai aktiviti facilitation seperti rekabentuk, pembungkusan, akreditasi, kajian pasaran, dan up-scaling.

Tambah YB Menteri lagi, skop dana pre-pengkomersilan MOSTI kini turut diperluaskan bagi meliputi inovasi sosial di bawah program MOSTI Social Innovation atau MSI yang telah dilancarkan pada 16 April 2015 lalu. Inisiatif ini meliputi pembangunan atau pelaksanaan idea samada yang berbentuk produk, perkhidmatan atau model bagi memenuhi keperluan sosial (meeting unmet social needs) dan juga meningkatkan keupayaaan individu untuk bertindak melalui jaringan kerjasama pelbagai pihak.

Report Global Innovation Index 2014 menyenaraikan Malaysia pada kedudukan ke-33 terbaik daripada 144 negara. Laporan-laporan ini menunjukkan prestasi negara yang amat membanggakan dan seharusnya menguatkan lagi tekad dan semangat kita semua untuk lebih berusaha dan lebih berinovasi dalam mempertingkatkan imej dan daya saing negara”

NICE 2015 yang menampilkan penceramah dalam dan luar negara telah berjaya menarik penyertaan 1000 peserta persidangan dan mempamerkan 81 pempamer, mengandungi empat (4) komponen utama iaitu:

  1. Persidangan Inovasi dan Pengkomersilan serta Breakout Session;
  2. Pameran Produk Finalis Anugerah Inovasi Negara;
  3. Pameran dan Penjualan Produk R&D yang dikomersilkan; dan
  4. Pengiktirafan kepada perekacipta inovasi melalui Malam Anugerah Inovasi Negara.

Malam Anugerah Inovasi Negara (AIN2015) pula  akan berlangsung pada 23 Mei 2015 (Sabtu) yang akan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Pada malam tersebut, empat anugerah akan diberi kepada mereka yang layak mengikut kategori berikut :

  1. Anugerah Inovasi (4 kategori)
    • Produk
    • Perkhidmatan
    • Akar umbi
    • Sekolah
  1. Anugerah Saintis Muda
  2. Anugerah Juruteknologi