24 Mei 2023, Pulau Langkawi – YAB Timbalan Perdana Menteri II, Datoโ Sri Haji Fadillah Yusof telah melancarkan Pelan Strategik Industri Angkasa 2030 (SISP) dan Langkawi International Space Forum (LISF) bertempat di MICC, Langkawi.
SISP telah dibangunkan dengan 12 strategi dan 24 inisiatif, antaranya, cadangan pelancaran satelit penderiaan jauh (๐ณ๐ฆ๐ฎ๐ฐ๐ต๐ฆ ๐ด๐ฆ๐ฏ๐ด๐ช๐ฏ๐จ) negara beresolusi tinggi pada penghujung tahun 2025 dan kerangka inisiatif mewujudkan perkhidmatan tapak pelancar satelit tempatan.
SISP merupakan hasil Kajian Industri Angkasa Tempatan yang telah selesai dilaksanakan pada Ogos 2022, di mana sebanyak 63 syarikat tempatan telah dikenal pasti terlibat dalam pembangunan industri angkasa tempatan.
Penganjuran LISF yang bertemakan โCatalysing Asia ‘s Space Ecosystemโ adalah bertujuan untuk memupuk kolaborasi dan kerjasama dalam sains, teknologi dan inovasi angkasa bagi memacu ekonomi angkasa serantau. Forum ini juga menyediakan platform bagi membincangkan mengenai teknologi angkasa dapat menangani pelbagai cabaran global dan menyumbang kepada pencapaian Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.
Majlis pelancaran SISP dan LISF ini turut dihadiri oleh YB Chang Lih Kang – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Arthur Joseph Kurup – Timbalan Menteri MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim – Ketua Setiausaha MOSTI, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), pengurusan tertinggi kementerian dan pemain industri berkaitan teknologi angkasa.
ย ย ย ย ย ย