Skip to main content
Berita

Pelan Strategik Industri Angkasa 2030 (SISP) dan Langkawi International Space Forum (LISF)

24 Mei 2023, Pulau Langkawi – YAB Timbalan Perdana Menteri II, Datoโ€™ Sri Haji Fadillah Yusof telah melancarkan Pelan Strategik Industri Angkasa 2030 (SISP) dan Langkawi International Space Forum (LISF) bertempat di MICC, Langkawi.
SISP telah dibangunkan dengan 12 strategi dan 24 inisiatif, antaranya, cadangan pelancaran satelit penderiaan jauh (๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜ต๐˜ฆ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ) negara beresolusi tinggi pada penghujung tahun 2025 dan kerangka inisiatif mewujudkan perkhidmatan tapak pelancar satelit tempatan.
SISP merupakan hasil Kajian Industri Angkasa Tempatan yang telah selesai dilaksanakan pada Ogos 2022, di mana sebanyak 63 syarikat tempatan telah dikenal pasti terlibat dalam pembangunan industri angkasa tempatan.
Penganjuran LISF yang bertemakan โ€˜Catalysing Asia ‘s Space Ecosystemโ€™ adalah bertujuan untuk memupuk kolaborasi dan kerjasama dalam sains, teknologi dan inovasi angkasa bagi memacu ekonomi angkasa serantau. Forum ini juga menyediakan platform bagi membincangkan mengenai teknologi angkasa dapat menangani pelbagai cabaran global dan menyumbang kepada pencapaian Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030.
Majlis pelancaran SISP dan LISF ini turut dihadiri oleh YB Chang Lih Kang – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Arthur Joseph Kurup – Timbalan Menteri MOSTI, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim – Ketua Setiausaha MOSTI, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), pengurusan tertinggi kementerian dan pemain industri berkaitan teknologi angkasa.
348874959 951323672877566 1070126050907016267 nย  ย 348979096 262955272896138 9065417224729209426 nย  ย 348913993 160423860151910 5841143331865894051 nย  ย 348915815 214426688115348 890526105203743290 n
Skip to content