Skip to main content
News

Pelancaran Projek Malaysia di bawah Program Hidrogen Bersih Global (GCHP Malaysia) dengan Sokongan UNIDO-GEF

10 Julai 2026, Putrajaya – NanoMalaysia Berhad (NMB), Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG) di bawah MOSTI, telah melancarkan Projek Malaysia di bawah Program Hidrogen Bersih Global (GCHP Malaysia) yang dibiayai oleh Global Environment Facility (GEF) dan dilaksanakan oleh United Nations Industrial Development Organization (UNIDO). Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
Sebagai Rakan Pelaksana GCHP Malaysia, NMB akan menerajui pelaksanaan inisiatif bagi memperkukuh ekosistem hidrogen bersih negara melalui pembangunan dasar dan piawaian, pembangunan kapasiti, kerjasama industri serta perkongsian pengetahuan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), selaku Focal Point Operasi bagi GEF Malaysia.
Penyertaan Malaysia bersama lapan negara lain dalam GCHP iaitu Algeria, Ecuador, Mesir, Namibia, Nigeria, Pakistan, Filipina dan Afrika Selatan bagi memperkukuh komitmen negara untuk memacu pembangunan ekonomi hidrogen bersih serta memperluas kerjasama antarabangsa dalam bidang inovasi, pelaburan dan kelestarian.
Sebelum berlangsung majlis pelancaran, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek (PSC) GCHP Malaysia telah diadakan bagi menyelaras pelaksanaan projek serta memastikan pelaksanaan selaras dengan Pelan Hala Tuju Ekonomi dan Teknologi Hidrogen (HETR), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan rangka kerja projek UNIDO-GEF.
Skip to content