Skip to main content
News

Bengkel Retreat Pengurusan Tertinggi: Penyusunan Semula Organisasi dan Pengukuhan Perjawatan MOSTI 2026

10 Julai 2026, Kuala Lumpur – YBhg. Dato’ Ts Dr. Nagulendaran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah merasmikan Bengkel Retreat Pengurusan Tertinggi: Penyusunan Semula Organisasi dan Pengukuhan Perjawatan MOSTI Tahun 2026 anjuran bersama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Perancangan Strategik MOSTI.
Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini menghimpunkan seramai 12 orang pegawai kanan MOSTI, termasuk barisan pengurusan tertinggi kementerian, bagi membincangkan hala tuju penyusunan semula organisasi serta pengukuhan perjawatan ke arah memperkasakan agenda sains, teknologi dan inovasi negara.
YBhg. Dato’ KSU menekankan kepentingan menghasilkan cadangan yang bersifat strategik, bersifat bold dan radikal serta dapat dilaksanakan dalam tempoh yang segera termasuk memperkukuh struktur perjawatan di peringkat tertinggi bagi membuka lebih banyak peluang kemajuan kerjaya kepada Skim Pegawai Sains, sekali gus memperkasakan keupayaan organisasi MOSTI dalam mendepani cabaran masa hadapan.
Skip to content