Skip to main content
News

Pembukaan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY Summit 2023)

3 Ogos 2023, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI menyampaikan kata aluan sempena Pembukaan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY Summit 2023) di Connexion, Bangsar South.
Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Ts. KSU memaklumkan ‘Sejak tahun 2016 sehingga kini, pelbagai program fasilitasi/intervensi telah dijalankan di bawah platform MCY, seperti sesi bimbingan, pitching, pendanaan, penyertaan dalam pameran dan ekspo bagi meningkatkan aktiviti pengkomersialan hasil R&D&I tempatan’.
Para penyelidik, inovator dan usahawan teknologi perlu melalui proses saringan melalui siri-siri Bengkel Due Diligence yang diadakan setiap tahun untuk menilai tahap kesediaan teknologi (TRL) produk, teknologi atau perkhidmatan bagi menentukan jenis fasilitasi/intervensi yang bersesuaian dan tahap pengkomersialan.
Sehingga tahun 2022, sejumlah 1,110 produk, teknologi dan perkhidmatan telah melalui proses saringan ini.
MCY Summit 2023 pada kali ini dilaksanakan bersama MRANTI selaku rakan strategik dengan tema Supercharge Your Way to Impact.
Pelbagai program menarik telah disusun sepanjang dua hari ini seperti pameran, pocket talk, persidangan, pitching dan padanan perniagaan dalam memastikan semua pihak mendapat manfaat yang maksimum serta berimpak tinggi.
Seramai 5,000 pengunjung disasarkan mengunjungi MCY Summit 2023 yang akan berlangsung selama dua (2) hari pada 3 & 4 Ogos 2023.

Skip to content