Skip to main content
News

Prapelancaran Sambutan Dua Dekad Penubuhan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia

2 Ogos 2023, Selangor – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI merasmikan Prapelancaran Sambutan Dua Dekad Penubuhan Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia dengan tema “Harnessing Biotechnology: Two Decades of Sustainable Innovation”
Dalam ucapannya, YBhg. Ts Dr Mohd Nor Azman berkata ‘Bioteknologi adalah bidang yang sangat penting dan relevan dalam era globalisasi dan digitalisasi ini. Ia memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek kehidupan kita, dari kesihatan dan perubatan, pertanian dan makanan, hingga ke alam sekitar dan tenaga’.
Dalam konteks Malaysia, Dasar Bioteknologi Negara 2.0 telah diperkenalkan sebagai panduan untuk memacu pertumbuhan dan pembangunan sektor bioteknologi di negara kita. Dasar ini menekankan kepentingan inovasi dan peningkatan kapasiti dalam bidang bioteknologi.
YBhg. Datuk TKSU (T) seterusnya menjadi salah seorang Panel bagi Forum BioTech bertajuk “Linking Biotechnology and Sustainable Development: Insights from Malaysia’s National Biotechnology Policy 2.0”.
Skip to content