Skip to main content
News

Pencapaian Malaysia Dalam Ekspo 2020 Dubai

Penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai yang telah berlangsung pada 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022 yang diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama agensi pelaksananya, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan beberapa pencapaian Malaysia sepanjang Ekspo 2020 Dubai semasa menghadiri Majlis Apresiasi Pavilion Malaysia Ekspo 2020 Dubai yang diadakan untuk meraikan komitmen dan dedikasi semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai.

Pencapaian tersebut ialah:
1️⃣ RM77.25 bilion nilai pelaburan keseluruhan
2️⃣ 4,971 pertanyaan perniagaan direkodkan
3️⃣ 2,555 sesi padanan perniagaan secara fizikal dan maya
4️⃣ Membuka peluang kepada 426 buah syarikat tempatan
5️⃣ 1.2 juta jumlah pengunjung Pavilion Malaysia

Sumber grafik / kredit: Pejabat Perdana Menteri
.
#mosti #stie #STIpemacuekonomi #MerakyatkanSains #Ekspo2020Dubai #EnergisingMY

 

Skip to content